Ukiran ini pernah dimiliki oleh Myoe (1173–1232). Dia sangat menyanyangi haiwan sejak usia kecil dan percaya bahawa ibu bapanya yang sudah meninggal boleh dilahirkan semula sebagai haiwan. Dia sangat menyukai anak anjing, dan diari mimpi Myoe menyatakan bahawa dia selalu mimpi mengenai anak anjing. Myoe dikatakan selalu membawa ukiran ini di sisinya. Ia diukir aleh seorang sami terkenal Jepun, Tankei (1173–1256),
Myoe
Myoe dilahirkan pada tahun ke-3 zaman Jōan (1173) di Yuasa (sekarang bandar Aridagawa, wilayah Wakayama). Penghidup kembali mazhab Kegon. Diajak menjadi sami oleh Sami Mongaku dari Kuil Jingoji. Belajar mengenai mazhab Kegon di Kuil Todaiji dan ajaran esoterik Buddha dari Kounen (sami mazhab Shingon) di Kuil Kajuji. Pada tahun pertama zaman Ken-ei (1206), dia dianugerahkan tanah di Toganoo dari Kuil Toba, lantas membina Kuil Kosanji sebagai pusat mazhab Kegon. Beliau meninggal dunia pada tahun ke-4 zaman Kangi (1232).
Tankei
Seorang pengukir patung Buddha dari aliran Kei pada zaman Kamakura. Lahir pada tahun 1173 dan meniggal dunia pada tahun 1256, dia adalah anak sulung Unkei. Pernah berurusan dengan Sami Myoe. Antara karya utama adalah "patung duduk Senju Kannon" (harta negara), yang merupakan khazanah utama Kuil Renka Ouin.