Mengenai Kuil Kosanji Toganoo-san
Daerah Takao yang bergunung-ganang di utara Kyoto telah dikaitkan dengan pertapaan sejak zaman dahulu. Kuil-kuil telah dibina di sini seawal abad ke-8, tetapi telah ditinggalkan pada abad ke-12. Maharaja Gotoba kemudiannya mengarahkan sami Myoe (1173–1232) yang sangat berpengaruh untuk membina sebuah kuil - yang disiapkan pada tahun 1206. Kuil Kosanji (Kuil Gunung Takao) diinspirasikan dari petikan kitab Kegon, yang merupakan kitab suci penting dari Buddha aliran Kegon. Kuil ini kebiasaanya digelar "Kozanji", akan tetapi bacaan rasminya adalah "Kosanji".
Dedikasi Myoe dalam kajian dan disiplin Buddha menjadikan Kuil Kosanji dikenali sebagai kuil keilmuan. Dia juga seorang pencinta seni keagamaan dan sering menjemput artisan dan intelektual terkemuka ke kuil itu. Persekitaran beliau yang kaya dengan seni itu merangkumi pelbagai harta turun temurun dari zaman Heian (794–1185) iaitu zaman di mana seni dan sastera berkembang, juga zaman Kamakura (1185–1333) yang dikenali sebagai zaman ajaran Buddha baru di Jepun. Sebilangan besar lukisan, patung, dan dokumen di kuil itu selamat dari kebakaran dahsyat pada abad ke-16 dan masih dalam keadaan yang sangat baik.
Myoe juga terkenal sebagai tokoh yang mempopularkan teh di Jepun. Dia menanam teh di persekitaran Kuil Kosanji - yang masih lagi menghasilkan teh dari ladang kecil setiap tahun. Pengeluar teh di seluruh negara masih memberi penghormatan kepada Myoe hingga hari ini, atas jasanya dalam tradisi teh Jepun.
Kepada Pelawat Yang Ingin Beribadat
- Nama Kuil
- Kuil Kosanji Toganoo-san
- Alamat
- 8 Umegahata Toganoo-cho, Ukyo-ku, Kyoto-shi
- Masa Melawat
- 8:30–17:00
- Yuran Masuk
- Percuma (500 yen pada musim luruh)
- Yuran Masuk Kuil Sekisui-in
- 800 yen
Panduan Bagi Yang Menggunakan Pengangkutan Awam
- Dari Stesen JR Kyoto
- Bas JR Takao - Laluan Keihoku "Menghala ke Toganoo/Shuuzan" dan turun di "Toganoo" (sekitar 55 minit)
- Dari Stesen Kereta Api Bawah Tanah Kyoto-Shiei Shijo
- Bas Bandar No.8 "Menghala ke Toganoo/Shuuzan" dan turun di "Toganoo" (sekitar 50 minit)
Panduan Bagi Yang Menggunakan Kereta
40 minit selepas keluar lebuhraya Kyoto-Minami. Sila gunakan kawasan letak kereta seperti di bawah.
Kawasan Letak Kereta Pelancong Bandar Takao, Kyoto
Kapasiti: 50 buah kereta
Yuran: Percuma *kecuali bulan November
Kawasan Letak Kereta Takao (di dalam Arashiyama Takao Parkway)
Yuran: Percuma *Sila lawat laman web rasmi untuk butiran waktu perniagaan dan lain-lain.